12 Februari 2022
Sarini Bujang |
|
Sabtu, 12 Februari 2022 |
|
9:30 - 11:15 Pagi |
|
Zoom |
|
PROGRAM COACHING AWAM PERCUMA |
“Ada dua keberkatan yang disia-siakan oleh banyak orang: kesihatan dan masa lapang.”
Kadang-kadang, kita hanya menghargai apa yang kita ada … sehingga kita benar-benar kehilangannya.
Mungkin ada ahli keluarga yang meninggal dunia, kesihatan dan kesejahteraan kita … atau bagaimana kita menghabiskan masa kita setiap hari, lebih-lebih lagi di zaman pandemik yang penuh pancaroba ini.
Dan oleh kerana kekangan masa … kebanyakan dari kita mengambil penyelesaian terpantas.
Mencari “hack” dan jalan pintas yang tidak sesuai, daripada mengamalkan gaya hidup sihat yang sudah disyorkan selama berabad-abad.
Dan apa yang lebih teruk?
Pelbagai maklumat bertentangan yang tidak mengutamakan keperluan unik kita seperti maklumat mengerikan yang kita dapat dari media, farmasi besar dan bahkan perbezaan pendapat pengamal perubatan ketika kita mengunjungi doktor yang berbeza.
Oleh kerana itu, ianya amat penting untuk kita berhati-hati apabila mencari solusi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan.
Dan dengan adanya banyak kekeliruan dan maklumat berlebihan di luar sana, tidak hairanlah mengapa ramai orang putus asa dan berhenti menjaga kesihatan mereka.
Apabila tahap kesihatan kita semakin merudum dan mula ada tanda penyakit kronik … lebih sukar untuk kita muncul sebagai versi terbaik diri kita.
Memiliki kesihatan mental, emosi, jasmani dan rohani yang baik adalah asas kepada kepuasan hidup yang ceria dan bertujuan.
Tetapi bagaimana jika sebenarnya ada cara yang lebih selamat dan terbukti untuk meningkatkan kesihatan anda?
Objektif:
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan pandemik yang melanda, terdapat:
Coaching dapat membantu anda untuk:
Coaching dapat membantu anda untuk:
Resource Development |
---|
1.50 |
Sarini, berusia 42 tahun, adalah ibu kepada 3 orang anak, dan mempunyai minat tentang kaedah pembelajaran dan personal growth. Dia telah berkhidmat selama 17 tahun dengan pengalaman yang luas sebagai jurutera sistem, pengurus akaun, dan pengurusan pertengahan di sebuah studio produksi kesan visual yang pernah memenangi Oscar.
Dia sekarang adalah seorang usahawan yang memimpin pasukan seramai 5000 orang dan fasilitator pelatih, berfokus kepada produktiviti dan pendidikan anak-anak.
Sebagai coach berdaftar di International Coach Federation (ICF), dia telah mengumpulkan lebih dari 50 jam coaching dan sedang dalam proses memohon ACC.
Sarini memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Sains Komputer. Dia juga merupakan Pengamal Pembelajaran Dipercepat (Accelerated Learning Practitioner) dan Pengamal Praktik Cerita (Story Practice Practitioner). Salah satu minatnya adalah bagaimana pembelajaran yang berkesan dapat dicapai melalui reka bentuk yang bertujuan.
Sarini sangat meminati minyak pati dan kesihatan, dan bagaimana penggunaan minyak pati yang betul, dan memberi kuasa kepada individu untuk mengurus keperluan kesihatan mereka yang unik, adalah penting melalui pendidikan dan pemberdayaan.
Sarini adalah seorang yang ceria, positif, bersifat keibuan dan bermotivasi, dan dia berharap dapat menawarkan dan menginspirasi kualiti yang sama untuk program yang diuruskannya dan individu yang dilatihnya.
This event has expired. Members who wish to see the recorded webinars, can head to My Account.
For inquiries, please email the Events Director.